Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dalam semua perkara yang melibatkan diri sendiri, keluarga, masyarakat, organisasi dan negara kerana ia boleh mendatangkan suasana yang tenang, kesihatan yang selamat dan mencapai kesejahteraan kepada kita semua. Namun pada hari ini, masyarakat kita semakin kurang menitikberatkan hal-hal yang berkaitan kebersihan. Malah, saya sendiri pernah melihat bagaimana masyarakat kita pada hari ini sewenang-wenangnya membuang sampah di merata tempat. Walaupun pada hari ini, tong sampah disediakan di banyak kawasan namun perkara ini tetap berlaku. Jika dilihat dengan lebih mendalam, masyarakat kita perlulah ditegur dengan cara sindiran. Cara ini boleh digunakan kerana masyarakat Melayu kita pantang dicabar atau disindir.
Amaran seperti ini membuatkan saya berfikir dua kali sekiranya saya ingin membuang sampah di merata tempat. Ingatlah 'kebersihan itu sebahagian daripada iman'.
No comments:
Post a Comment