create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, 13 March 2011

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA 'DI'


Kata sendi nama merupakan salah satu jenis kata tugas. Kata ini berfungsi sebagai kata depan kepada kata nama. Terdapat pelbagai kata sendi nama seperti ialah, adalah, ke, dari, daripada, di dan sebagainya.  Kata sendi nama ‘di’ digunakan khusus untuk menunjukkan tempat atau arah. Kesalahan yang terdapat dalam contoh di atas ialah penggunaan kata sendi nama 'di' yang tidak dijarakkan. Perkataan ‘di’ mestilah dijarakkan apabila digunakan di hadapan kata nama atau arah. Sebagai contoh:
1)      Saya tinggal di Kampung Banggol Raja.
2)      Buku itu tertinggal di atas meja.
Namun, kata sendi nama 'di' mestilah dibezakan dengan imbuhan 'di'. Kata imbuhan 'di' biasanya akan digunakan di hadapan kata kerja. Contohnya:
1)      Semua pelajar digalakkan untuk menunaikan solat zohor secara berjemaah pada setiap hari persekolahan sebelum pulang dari sekolah.
2)      Adik telah dirotan oleh emak akibat daripada kedegilannya.

No comments:

Post a Comment