Semua orang pernah meminta pertolongan. Malah, adalah sangat mustahil sekiranya seseorang itu tidak pernah meminta pertolongan. Namun, tidak semua orang yang meminta pertolongan dengan cara yang baik. Sewaktu saya melalui sebuah kelas di Proton City pada hari ini, saya telah terdengar satu tengkingan yang agak kuat sehingga dapat didengar sehingga ke luar kelas. Pada ketika itu, saya sempat menjeling ke arah kelas tersebut dan ternampak seorang perempuan sedang berdiri dengan wajak seperti seseorang sedang marah. Jeritan tersebut bebrbunyi :
Tolong jangan bising.
korang ni x pandai nak duk diam-diam ke ek?
memekak je dr td...kn da ckap Dr. suh buat kerja kumpulan...
buatla dgn tangan bukannya dgn mulut....
Dalam situasi di atas, pelajar perempuan tersebut meminta pertolongan daripada rakan kelasnya yang lain supaya diam dan melakukan kerja yang telah diamanahkan. Namun, mungkin disebabkan kedaan kelas yang tidak terkawal lalu terjadilah peristiwa tersebut. Ayat permintaan digunakan oleh penutur untuk meminta orang kedua atau lebih melakukan sesuatu untuk kita. Antara ayat permintaan ialah tolong, mohon dan minta. Selain itu, kata perintah juga boleh disertai dengan partikel -lah bagi menghaluskan perintah. Contoh :
Tolonglah panggil orang itu.
Tolong panggil orang itu.
Namun dalam contoh di atas iaitu situasi yang berlaku dalam kelas tersebut, ayat permintaan yang digunakan adalah tidak gramatis. Hal ini adalah kerana, ayat permintaan tidak boleh menerima kata larangan jangan. di samping itu juga, bentuk-bentuk ayat permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif. Justeru itu, ayat yang digunakan oleh pelajar perempuan tersebut adalah tidak gramatis.
No comments:
Post a Comment