create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday 22 January 2011

PEREMPUAN SEKARANG SEMAKIN HILANG KESOPANANNYA

Baru sebentar tadi aku terdengar suara yang agak kuat daripada bilik sebelah. Suara tersebut bagi seorang perempuan adalah sangat kasar dan kurang sopan. Untuk mendapat kepastian, aku keluar daripada bilikku. Rupa-rupanya jiran sebelah bilik aku ni sedang berbual menggunakan telefon bimbitnya. Perbualannya yang agak kuat telah membolehkan aku mendengar butir bicaranya. Tambahan pula, keadaan pada waktu ini semakin sunyi memandangkan ramai penghuni telah tidur. Antara perbualannya yang dapat aku dengar ialah:

                              bodoh la ang...
                              tula, lain kali jangan duk ingat nak bohong kat aku....
                              aku taula rahsia ang...hahaha

Perkataan yang digunakannya agak kurang sopan bagi seorang perempuan. Walaupun jiran sebelah bilik aku ni sedang berbual dengan kenalannya namun adalah tidak elok menggunakan perkataan sebegitu.Kesantunan apabila berkomunikasi adalah penting tidak kira dengan siapa kita bercakap atau berbual.

DIAMALKAN ATAU DIBIASAKAN

Aku adalah salah seorang penghuni KHAR. Suatu hari ketika aku keluar daripada lif di aras 3 blok 1, aku telah ternampak satu kertas iklan yang berada betul-betul di hadapan lif. Kertas tersebut telah ditampal pada papan kenyataan yang menempatkan pelbagai maklumat untuk para pelajar yang tinggal di KHAR. Aku tertarik dengan iklan yang berkaitan dengan bas carta. Namun, aku sedikit terkilan dengan segelintir pelajar yang mengambil ringan penggunaan Bahasa Melayu pada masa kini. Mereka lebih gemar menggunakan singkatan yang kadang-kadang telah menjadi satu kebiasaan dan secara tidak langsung telah merosakkan bahasa  kita. Salah satu contohnya ialah:

                                                       jom balek Tganu
                                                       upc - trg - upc

Perkara sebegini adalah tidak wajar sekali dijadikan amalan dalam kalangan masyarakat kita. Hal ini adalah kerana, lama-kelamaan bahasa kita boleh terhapus. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mempertahankan penggunaan bahasa dengan betul mengikut kesesuaian. Marilah kita bersama-sama mengelakkan penggunaan singkatan seperti di atas.