Kejadian ini berlaku sewaktu saya sedang melayari internet kira-kira pukul 12.00 tengah malam semalam. sedang asyik melayari laman sosial facebook, saya telah ditanya satu soalan oleh seorang teman dari Universiti Malaya.
Gee : salam jah, nk tnya bleh?
Aku : salam, bleh je...
Gee : antara PENDINGIN HAWA dan PENGHAWA DINGIN, mana yang betul?
Situasi seperti ini sering kali berlaku dalam kehidupan masyarakat kita khususnya golongan pelajar. Tidak dapat dinafikan kadan-kadang kita menjadi keliru terhadap penggunaan hukum DM. Sesetengah masyarakat terkeliru dan ramai yang menggunakan penghawa dingin. Sedangkan perkataan yang betul adalah pendingin hawa. Hal ini adalah kerana, pendingin hawa merupakan alat yang menyebabkan udara menjadi dingin. Tambahan pula, mengikut hukum DM serta pakatan baru ia juga boleh dipanggil sebagai penyaman udara.
No comments:
Post a Comment