Jika dahulu, masyarakat kita sangat mementingkan amalan "menjaga tepi kain" orang lain. Malahan amalan ini sangat terkenal dalam masyarakat kita khususnya masyarakat Melayu iaitu dengan niat yang baik. Contohnya, kalau orang tua pada pada masa dahulu melihat perangai anak-anak muda yang buruk walaupun bukan anaknya namun dia akan tetap menegur atau menasihati anak muda tersebut agar tidak berperangai sedemikian. Namun dalam masyarakat pada hari ini, kita sering kali diingatkan supaya tidak menjaga tepi kain orang lain. namun pada pandangan saya, sikap sebegini iaitu tidak menjaga tepi kain orang lain ini adah satu sikap yang kurang elok. Hal ini adalah kerana, banyak perkara negatif boleh berlaku. Antaranya ialah terdapat jiran yang tidak mengenali jiran sebelahnya kerana sikap tidak mengambil tahu yang diamalkannya. kita seharusnya memupuk sikap hidup bermasyarakat dan prihatin sesama sendiri. malah, sikap mengambil tahu dan menjaga tepi kain orang untuk tujuan yang baik boleh diamalkan. Oleh itu, sesekali perlulah kita meneliti dahulu amalan yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu kerana kadang-kadang semua yang dilakukan adalah bertujuan baik.
No comments:
Post a Comment