create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, 22 January 2011

DIAMALKAN ATAU DIBIASAKAN

Aku adalah salah seorang penghuni KHAR. Suatu hari ketika aku keluar daripada lif di aras 3 blok 1, aku telah ternampak satu kertas iklan yang berada betul-betul di hadapan lif. Kertas tersebut telah ditampal pada papan kenyataan yang menempatkan pelbagai maklumat untuk para pelajar yang tinggal di KHAR. Aku tertarik dengan iklan yang berkaitan dengan bas carta. Namun, aku sedikit terkilan dengan segelintir pelajar yang mengambil ringan penggunaan Bahasa Melayu pada masa kini. Mereka lebih gemar menggunakan singkatan yang kadang-kadang telah menjadi satu kebiasaan dan secara tidak langsung telah merosakkan bahasa  kita. Salah satu contohnya ialah:

                                                       jom balek Tganu
                                                       upc - trg - upc

Perkara sebegini adalah tidak wajar sekali dijadikan amalan dalam kalangan masyarakat kita. Hal ini adalah kerana, lama-kelamaan bahasa kita boleh terhapus. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mempertahankan penggunaan bahasa dengan betul mengikut kesesuaian. Marilah kita bersama-sama mengelakkan penggunaan singkatan seperti di atas.

     
     

No comments:

Post a Comment